Wednesday, January 19, 2011

AZAM TAHUN BARU

azam tahun baru aku...biar lah dah masuk setengah bulan baru..apa aku peduli...ha ha ha....

wishlist aku:-
1-kawen....(hrp2 tahun ni kawen lah aku)
2-rezki melimpah ruah (hrp2 dan sgt hrp)
3-berkat...(hidup dan everything i do is all in keberkatanNya..)
4-kurus.....ini harussss
5-kurangkan tahap kemarahan....(aku cepat marah..tapi sib baek dia paham)
6-bykkan balik kampung jenguk parents
7-BAYARRRR PTPTN...ini perlu..kang x g obersea lak aku...
8-more organize...(keje aku byk yg out of planning)
9-nak pegi bercuti....
10-nak simpan duitttt........aku boros weh..

so aku hrp 2011 ni impian aku akan tercapai..insyaallah...

Friday, August 20, 2010

SEKEPING HATI YANG KELIRU

Entah kenapa mlm yg sedingin hati ini
kurasakan sesuatu...
sesuatu yg membuat aku buntu
membuat aku keliru
membuat aku kembali pada yang SATU

Ya Allah...
kau tabahkan hati hambaMu ini
dlm menempuh liku liku ini
kau tetapkanlah hati ini
agar tidak lagi khilaf
dlm membuat keputusan hidupku...

The Rock - Munajat Cinta Video Clip (With Subtitle)

lagu pengubat hati aku yg gundah gulana.....


MUNAJAT CINTA

Malam ini ku sendiri
tak ada yang menemani
seperti malam-malam
yang sudah sudah

Hati ini selalu sepi
tak ada yang menghiasi
seperti cinta ini
yang selalu pupus

Tuhan kirimkanlah aku
kekasih yang baik hati
yang mencintai aku
apa adanya

Mawar ini semakin layu
tak ada yang memiliki
seperti aku ini
semakin pupus

Tuesday, August 3, 2010

devil fren....

kawan...
byk jenis kawan beb....
ada yg dlm kebaikan terselit kedengkian...
huh....mcm ni punya kawan pun ada ke???
kawan yg aku kenal beberapa tahun dlu...belangnya mula ternampak pada tahun ni...
barulah terbuka semua cerita kenapa dan mengapa....
dan selama ni baru aku pikir...
OWH...PATUT laaa.....
hahahaha...mcm ni punya orang pun ada ka...
dengki dlm diam...no wonder laa...
semua aku buat...dia nk buat....

hmmm.....apa nak buat dh nasib....
sabar je laa....
yg aku pasti bukan aku sorang je akan terkena tempias dia...
ramai lagi yg sedang rapat dgn dia ketika ini...
akan terasa apa yg aku rasa...
selama ni aku x pernah bersangka buruk...
tapi...betul lah kata org...kebenaran walau lambat akan terserlah jua....

gud job my devil fren..
tks for evrything u hv done to me...
what u did...u get back....
ADIOS....

Thursday, July 15, 2010

10 CIRI-CIRI LELAKI YANG MENJADI IDAMAN KAUM WANITA......(uhuk...uhuk..)

kpd teman2 di luar sana....come and join me to read dis.....it just a dream...but i hope may our dreams will come true....kpd lelaki2 di luar sana....harap tenang.....(aku tau komen jer...)


1. LELAKI YANG PRIHATIN
- Iaitu mendengar dengan teliti apa yang
kami cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukan
masuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar
begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, bila
dah membebel, panjanglah ceritanya, lepas tu pandai pulak nak menuduh
yang kami ni dj....kesalahan sendiri tak perasan..

komen gue : cubalah jadi good listener, relakanlah telinga anda mendengar segala story mak nenek 7 keturunan sekali pun masa dioarng bercerita....hatta telinga u ols bernanah sekali pun....RELAKANLAH...

2. LELAKI YANG MENJADI PENAWAR - Iaitu yang rajin dan pandai
memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati kami; walaupun
kurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa
menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai
sakit jiwa raga jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata
manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan
menjadi penawar segala bisa.

komen gue :awak cantek sgt ari nie...(walaupun masa tue bedak sejuk penuh muka..hanya nmpak bijik mata sj) berkata2 lah yg menenangkan jiwa nurani kami...uhuk..uhuk...

3. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA - Kebebasan tu bukan
kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan
yang berupa hak . Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaum
perempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang
dikehendaki,kecuali tokey kedai tu..lelaki cuma perlu senyum saja.
Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu.

komen gue : lebih baek jgn tegur langsung...dikhuatiri akan memudaratkan perasaan si pemilih...

4. LELAKI YANG BERHATI-HATI - Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-
mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan
kami. Sebab...ketahuilah ye..apabila kaum perempuan itu memasak,
mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau
mereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan.
Jadi..biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap.
Lain daripada itu, sedap tak sedap..'pulun' aje le...!!!

komen gue : jgn byk ckp....pelahap je laa...kang diorang mogok x masak sebulan baru tau....hehehe

5. LELAKI YANG WANGI - Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum
perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada
kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi
perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda, elakkan B.O;
apalagi yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kaki.
Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi
dan berendamlah dalam botol minyak wangi.

komen gue : hari2 mandi bunga rose pun x per....

6. LELAKI YANG PEMURAH - Dalam erti kata yang lain, lelaki yang
pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke
tangan perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik
untuk kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap
rokok yang disedut suami. Paling penting langkahnya pun tidaklah
terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang
perempuan-perempuan lain.

komen gue : percaya lah pada kami....huahuahuahua

7. LELAKI YANG TIDAK KISAH - Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah
sangat samada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nak
mengemas atau pun tidak bila di rumah tu. Malah, lelaki yang masuk
dalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberi
kelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makan
sebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai
wanita tu..!!

komen gue : agak2 ade ramai ke lelaki mcm ni out there???

8. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU - Inilah ciri-ciri lelaki yang
amat diidamkan perempuan. Sokongan padu mereka adalah sokongan padu
yang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masa
bersidang mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga. Apabila
mereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hati
tidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perut
mereka waktu itu sudah berkeroncong; mereka pandai membawa diri dan
perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa
yang memiliki dia kan...!!

komen gue : kalu ada byk idea leh ar join skali....jgn malu2 kuarkan idea bernas dan kadangkala bernanah telinga mendengarnya...GO FOR IT!! (paling afdal tolong tapaukan makanan kat diorang yg tgh bersidang tue) wakakaka

9. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN - Apabila seseorang lelaki itu
bersifat cintakan damai, maka tenanglah hidup mereka bersama wanita
pilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan atau
undian balik kampung siapa di musim-musim raya . Lelaki begini amat
memahami dan sedar bahawa isterinya telah bertungkus-lumus menjaga
anak dan jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung isteri adalah hadiah
terbaik. Cukuplah setengah hari setahun aje balik kampung sendiri;
daripada tak balik langsung dan daripada bergaduh beramuk...lebih
baik...beralah kan..

komen gue : no komen.....hahhahaa..x berani komen..kang gue lak asyik ikut balik kg dia...

10. LELAKI YANG MENYERAHKAN KUASA VETONYA - Inilah ciri lelaki yang
menjadi buruan kaum perempuan..jika mereka sanggup menyerahkan kuasa
veto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih macho dan hensem
daripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita . Kuasa Veto
yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan samada lelaki
yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain itu
wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan
suami mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yang
tak elok. Dengan kuasa veto ini juga beerti kita, kaum wanita berhak
sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk "BILA
DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI" setiap kali mereka berhadapan
dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka.

komen gue : percaya lah wahai lelaki...kami sgt SAYANGKAN anda....dats why...we try to take over ur power....hahahaha

bak kata pepatah....
"SESUNGGUHNYA..LIDAH WANITA ITU AKAN MENJADI SEMAKIN TAJAM APABILA
LIDAH LELAKI MENJADI SEMAKIN BERCABANG!!!"

Friday, June 18, 2010

penantian satu penyiksaan

resah
gundah
sedih
kecewa
debar
marah
tawakal

macam macam perasaan berbaur
di dalam satu penantian......
huh...benar lah kata pepatah
penantian satu penyiksaan....